Thursday 26 January 2012

jalan-jalan cari makan.

sejak akhir-akhir ni aku asyik hupdate pasal makan je kan. rosak diet aku. hahaha. tak kira la, kita nak cerita jugak.

hari isnin hari itu, saya, sepupu, dan kawan makan-makan dekat bangi. WARUNG DUSUN yawww!tak tahu jalan,main redah je. last-last call dusun tanya jalan. still tak jumpe, orang kat dusun baik hati sangat la kot, siap call balik tanya dah sampai ke belum. bagus tak? mula-mula sampai, tengok tempat macam menarik. kitorang ambik tempat sebelah tepi sebab angin sepoi-sepoi bahasa, sejuk je..pelayan pon datang nak ambik order. bapak maju, ambik order guna PDA kot. konon nak saving, kitorang order air biasa-biasa je. lepas order, baru dapat menu list. cis, air buah RM2 je. ingat kan kedai camni, harga dalam rm4 per glass.sebelum menjamu selera, kitorang order side dishes, tauhu bakar dan otak-otak.then, makanan kitorg sampai.kitorang makan sup gearbox ( besar gile okay), kailan ikan masin, ikan siakap bakar ( best gile!). makan sampai tak hengat. penat sangat makan sampai dah tak boleh nak telan. harga boleh tahan laaaa. less than rm65 kot.

hari rabu, pergi la merayap ke alamanda dengan harapan ingin membeli belah menggunakan baucer buku 1 malaysia tapi keadaan MPH yang tidak menarik, plan was cancelled. kitorang pon berjalan-jalan cari makan. tup-tup masuk la kami ke SUSHI KING. makan punya la tak hengat. dah penat makan, kitorang mintak bil dan bayar. yang paling best, ada dapat baucer rm20 tapi kitorang buat kad sushi king, so tak dapat la baucer tu, dapat diskaun 10%. harga kitorang makan dalam rm60+, bila dapat less. jadi lah rm54+. pastu beli big apple, kirim untuk adik-adik tersayang. muahhh! hehe

hari ini, saya, nisa, waed, shidi, jerry dan aceng makan di aunty aini, nilai. sumpah best. first menjejak kaki, rase macam tenang sangat. ada kolam, gazebo. macam dalam taman gitu. sekali tengok, macam bukan restoren je. tapi bila masuk dalam mabeles beb! harga pon berpatutan la. tapi kalau student ni. tak boleh la nak pergi hari-hari. sebulan sekali pon okay la kot. time dapat elaun tu boleh la nak makan. tadi sempat la merasa daging salai masak lemak cili padi, sambal petai ( sedapppp ), laksa johor, ayam kampung masak lemak. total untuk 6 orang makan RM89.90. okay tak nie? :P rugi wey duduk sini dah 3tahun tak merasa tempat ni. ape salah nya sekali sekala. lepas makan, melantak aiskrim dekat mcd plak. lalalalalalaala.

last but not least, gambar takde, sedih kan :( ni la, pakai phone cikai je.

ps: belanja tak hengat dunia. kereta tak repair lagi. wuuu. menangis la lepas nie. mommy daddy tolong lah anakandamu ini :(

No comments:

Post a Comment