Saturday 31 December 2011

kek coklat mini kukus

bila kat rumah ni terasa bosan sangat, so buat la kek ni ye sambil-sambil mengambil tempahan orang.

bahan-bahan :
serbuk koko - 1 cawan
telur - 3 biji
susu pekat - 1 cawan
air suam - 1 cawan
gandum - 2 cawan
minyak masak - 1 cawan
baking powder - 1 sudu
soda - 1 sudu teh

cara-cara :
1-campurkan semua bahan kecuali gandum. kacau menggunakan 1 arah sahaja.
2-masukkan gandum ke dalam campuran tadi dan kacau lagi.
3-panaskan air kukusan. gunakan api yang biasa- biasa saja.
4-dah siap adunan, masuk ke dalam bekas yang sesuai untuk di kukus.

ps: untuk bekas mini , 10-15 pon dah okey. yummy dah boleh makan.:)